Thursday 25 April 2013

Peralatan sokongan diperlukan

Assalamualaikum wbt
Assalamualaikum wbt

Bagi meningkatkan pengeluaran ternakan yang cepat, ABJ Agrofarm telah memikirkan satu inisiatif yang bersesuai dengan perkembangan teknologi terkini.

Satu lagi penemuan hebat dalam memperkasakan perternakan unggas iaitu alat penetasan telur dicipta.


ABJ Agrofarm telah berkenan kepada satu alat penetasan telur. semoga alat ini mampu memberi impak yang besar kepada pembiakan ayam kampong


Bagi Kolam ternakan ikan pula, saya memilih untuk membeli alat pengoksigenan. Ini kerana, ABJ Agrofarm menternak ikan dalam kolam tanah. Aliran air mungkin terganggu jika berlaku kemarau. Jadi langkah sediaawal diambil dengan pembelian alat kincir air. Alat ini mampu memberi oksigen yang lebih kepada kandungan air dalam kolam. Selain daripada ini,, ia boleh membuatkan keadaan air kolam yang bersih dan cantik.




Ternakan - Ayam Kampong


assalamualaikum wbt



satu lagi projek ABJ Agrofarm adalah ternakan ayam kampong. 
Projek ini telah dijalankan oleh Pengurus Besar ABJ Agrofarm sendiri. Telah lama beroperasi tetapi secara kecil-kecilan. Peringkat pertama ia dijalankan atas dasar minat sahaja.

Jumlah ayam kampong pada peringkat permulaan sebanyak 10 ekor sahaja. Kemudian berkembang sehingga ke 150 ekor ayam.

Dalam planning baru, rumah ayam akan diperbesarkan untuk memuatkan 1000 ekor ayam kampong. Ini selari dengan permintaan ayam kampong yang semakin tinggi.

Ternakan ikan air tawar

assalamualaikum
 hari nie cikgu nak cite projek baru cikgu
cikgu nie kan suka g mancing, hari nie cikgu tukar sikit...tp sama lagi la.bab2 ikan lagi..
 PROJEK PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
agak2 ikan apa ye cikgu nak bela?
Ikan Tilapia Merah
 
Cikgu menggunakan teknik ternakan dalam sangkar
dimana cikgu telah mengemaskini kolam terbiar di belakang rumah abah
nie la salah satu sangkar ikan tilapia 

murah je nak buat sangkar nie...
mula2 cikgu beli kayu untuk buat tiang dalam kolam..sebagai tempat gantung sangkar ikan tu la..
sangkar yg cikgu beli guna yang sangkar mcm laut punya la..tahan lama
sangkar nie die jual guna timbang kilo..
korang agak2 la nak besar mana..
 nie plak sangkar pembenihan
cikgu letak anak ikan yg kecik2 dalam nie dulu sebelum masuk dalam sangkar yang lebih besar.
nie pun cikgu buat sendiri..senang jer..guna batang paip pvc jer..
buat permulaan nie..,,cikgu baru ada 1 sangkar besar (ikan tilapia) .. 1 sangkar pembenihan (ikan patin).. bulan depan cikgu nak tambah 1 lagi sangkar besar... 
kat mana cikgu dapatkan anak ikan ye??
dekat kolam ternakan ikan di simpang pertang, negeri sembilan.
 nie toong thye aquatic di simpang pertang

benih2 ikan disini mmg cukup baik
anak ikan die cepat besar
cikgu beli anak ikan tilapia rm0.20 seekor...mmg best..yg 15 sen pun ada..tp kecik sgt
ok la..sampai disini dahulu la..