Thursday 25 April 2013

Ternakan - Ayam Kampong


assalamualaikum wbt



satu lagi projek ABJ Agrofarm adalah ternakan ayam kampong. 
Projek ini telah dijalankan oleh Pengurus Besar ABJ Agrofarm sendiri. Telah lama beroperasi tetapi secara kecil-kecilan. Peringkat pertama ia dijalankan atas dasar minat sahaja.

Jumlah ayam kampong pada peringkat permulaan sebanyak 10 ekor sahaja. Kemudian berkembang sehingga ke 150 ekor ayam.

Dalam planning baru, rumah ayam akan diperbesarkan untuk memuatkan 1000 ekor ayam kampong. Ini selari dengan permintaan ayam kampong yang semakin tinggi.

No comments:

Post a Comment